Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami

Blog Pengurus Media Sosial.

Ekonomi Visual & Komunikasi Visual

Selangor freelance bantu FReelancer

25/9/2022

0 Comments

 
Picture
Selangor Freelance merupakan salah satu inisiatif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang dilaksanakan bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang fleksibel dan pendapatan tambahan untuk rakyat Selangor.

Program Selangor Freelance ini memberi peluang bagi pekerja bebas mengetengahkan kemahiran mereka di bawah Digital Gig Economy serta mampu mengurangkan peratusan pengangguran di Selangor.
Program ini juga meningkatkan bakat dan kemahiran golongan berkenaan serta memberi kebebasan kepada individu menjalani pekerjaan secara kontrak tanpa perlu digajikan sepenuh masa. Didalam insiatif ini, Workana merupakan sebuah platform freelancing yang akan menawarkan sebanyak lima ribu (5000) peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital.

Workana ditubuhkan pada tahun 2012 dan Ia merupakan salah satu platform freelance pertama di Latin America. Workana juga pernah berkolaborasi dalam Program eRezeki.

Terdapat lapan sektor pekerjaan yang terlibat dalam program Selangor Freelance iaitu:
  • IT dan Pengaturcaraan
  • Reka bentuk dan Multimedia
  • Penulisan dan Penterjemahan
  • Jualan dan Pemasaran
  • Sokongan Pentadbiran
  • Penasihat undang-undang
  • Kewangan dan Pengurusan
  • Kejuruteraan dan Pembuatan

Pengurus Media Sosial adalah kerjaya baharu yang mampu mengisi senarai pekerjaan bebas kepada rakyat Selangor bagi menyediakan servis mengendalikan media sosial klien dari rumah. Kami menyediakan kusus intensif bagaimana anda boleh menjadi pekerja bebas sebagai Pengurus Media Sosial.
.
0 Comments



Leave a Reply.

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    June 2023
    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Pengasas

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Sulaiman Osman, bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman sebagai Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat dari 2017 sehingga sekarang. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, CUEPACS dan Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Zakat Melaka, UTM Space,Pemasaran Kreatif anjuran MARA dan Persijilan Profesional UTM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami