Sijil Profesional UTM kelolaan Pahang Skills di bawah Program Bina Kerjaya Masterclass in Social Media Manager adalah di bawah kelolaan Pahang Skill Development Centre yang dibiayai sepenuhnya di bawah Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal daripada Kerajaan MADANI di bawah Belanjawan 2023. Ianya bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA , BOE, MIA . Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook page Masterclass in Social Media Manager
Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah. Bagi tujuan ini, program peningkatan kemahiran secara Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL), microcredentials atau latihan profesional akan diberikan kepada individu mengikut syarat kelayakan minima. Program ini akan dijalankan menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksima untuk 3 bulan. Mereka yang beminat menyertai kursus ini bolehlah mendaftar di Portal Kerjaya Kerajaan Madani Apakah itu pekerjaan sektor tidak formal? Pekerjaan sektor tidak formal membawa maksud semua jenis pekerjaan lain selain aktiviti pekerjaan formal. Ianya termasuk pekerja gig, bekerja sendiri, kerja kampung atau petani, nelayan atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau di tepi jalan.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengajian RPEL dan microcredentials? RPEL yang juga dikenali sebagai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah merupakan satu kaedah memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Microcredentials atau “pentauliahan-mikro” merupakan satu konsep pensijilan secara digital atau satu sistem pentauliahan yang memberikan pengiktirafan terhadap pemerolehan atau peningkatan pengetahuan, kemahiran atau kompetensi spesifik pada kadar mikro, yang diikuti oleh pelajar/peserta dalam tempoh tertentu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menerusi platform fizikal atau atas talian, dengan kaedah penaksiran yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran atau kompetensi tertentu secara objektif. Kursus latihan yang boleh ditawarkan kepada PERKESO bagi tahap pensijilan microcredential adalah terbuka sama ada mendapat akreditasi daripada MQA atau mandiri (stand-alone) #KerjayaMadani Untuk melihat kandungan kursus berbentuk video sila klik Youtube Channel ini.