Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami

Blog Pengurus Media Sosial.

Ekonomi Visual & Komunikasi Visual

persediaan sebagai freelancer pengurus media sosial

22/8/2020

0 Comments

 
Senarai Tugas Pengurus Media Sosial


​

​Seharusnya individu yang berminat untuk menjadi seorang freelancer Pengurus Media Sosial perlu mempunyai asas pemasaran media sosial, copywriting, grafik, pengiklanan sosial dan lain - lain yang berkaitan.
Binalah skil ini terlebih dahulu atau menawarkan diri menyediakan artikel secara percuma kepada blog, facebook NGO atau mana - mana syarikat mengikut kepakaran  masing - masing.

1. Sebagai permulaan, seorang Pengurus Media Sosial perlu memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Bisnes Facebook yang siap dioptimumkan dengan baik. Disitulah "ladang" untuk melakukan posting setiap hari ini dengan pelbagai konten mengenai pengurusan media sosial dan servis yang ditawarkan. Memiliki blog sendiri dengan tajuk tersendiri sangat membantu klien membuat penilaian awal ke atas diri kita.

2. Memiliki web perniagaan lengkap dengan profile perniagaan, page jualan, link pembayaran dan blog.

3. Menyediakan borang kajiselidik pelanggan sebelum membuat proposal dan sebutharga, kontrak menjalankan servis dan sistem pengurusan akaun dan kewangan.

4. Mempunyai pendaftaran perniagaan dan akaun bank perniagaan bagi memudahkan urusan dan perjalanan sebagai seorang freelancer.

Selain itu, PMS hendaklah sentiasa menghadiri kelas atau mencari maklumat yang berkaitan dengan platform media sosial, facebook ads, copywriting, desain grafik dan lain-lain untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan pemasaran media sosial dari masa ke semasa.

Berusahalah untuk mendapat pelanggan pertama kerana ia akan menjadi kayu pengukur untuk prospek sebelum mereka mengambil kita sebagai Pengurus Media Sosial. Sentiasa menghadiri perjumpaan sosial untuk meluaskan jaringan perniagaan termasuklah melakukan engagement di media sosial di dalam wall personal ataupun di page perniagaan yang berkaitan dengan tajuk blog yang kita sedang uruskan.
​
Paling penting sebelum mengambil tugasan sebagai Pengurus Media Sosial ialah perbincangan serta persetujuan (kontrak) dengan pelanggan apakah senarai tugas dan tanggungjawab sebagai Pengurus Media Sosial, harga servis, tempoh dan sebagainya. Pelbagai konflik bakal timbul sekiranya tiada penerangan dan persetujuan di antara pelanggan dan penyedia servis.


0 Comments

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    June 2023
    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Pengasas

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Sulaiman Osman, bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman sebagai Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat dari 2017 sehingga sekarang. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, CUEPACS dan Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Zakat Melaka, UTM Space,Pemasaran Kreatif anjuran MARA dan Persijilan Profesional UTM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami