![]() Seharusnya individu yang berminat untuk menjadi seorang freelancer Pengurus Media Sosial perlu mempunyai asas pemasaran media sosial, copywriting, grafik, pengiklanan sosial dan lain - lain yang berkaitan. Binalah skil ini terlebih dahulu atau menawarkan diri menyediakan artikel secara percuma kepada blog, facebook NGO atau mana - mana syarikat mengikut kepakaran masing - masing. 1. Sebagai permulaan, seorang Pengurus Media Sosial perlu memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Bisnes Facebook yang siap dioptimumkan dengan baik. Disitulah "ladang" untuk melakukan posting setiap hari ini dengan pelbagai konten mengenai pengurusan media sosial dan servis yang ditawarkan. Memiliki blog sendiri dengan tajuk tersendiri sangat membantu klien membuat penilaian awal ke atas diri kita. 2. Memiliki web perniagaan lengkap dengan profile perniagaan, page jualan, link pembayaran dan blog. 3. Menyediakan borang kajiselidik pelanggan sebelum membuat proposal dan sebutharga, kontrak menjalankan servis dan sistem pengurusan akaun dan kewangan. 4. Mempunyai pendaftaran perniagaan dan akaun bank perniagaan bagi memudahkan urusan dan perjalanan sebagai seorang freelancer. Selain itu, PMS hendaklah sentiasa menghadiri kelas atau mencari maklumat yang berkaitan dengan platform media sosial, facebook ads, copywriting, desain grafik dan lain-lain untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan pemasaran media sosial dari masa ke semasa. Berusahalah untuk mendapat pelanggan pertama kerana ia akan menjadi kayu pengukur untuk prospek sebelum mereka mengambil kita sebagai Pengurus Media Sosial. Sentiasa menghadiri perjumpaan sosial untuk meluaskan jaringan perniagaan termasuklah melakukan engagement di media sosial di dalam wall personal ataupun di page perniagaan yang berkaitan dengan tajuk blog yang kita sedang uruskan. Paling penting sebelum mengambil tugasan sebagai Pengurus Media Sosial ialah perbincangan serta persetujuan (kontrak) dengan pelanggan apakah senarai tugas dan tanggungjawab sebagai Pengurus Media Sosial, harga servis, tempoh dan sebagainya. Pelbagai konflik bakal timbul sekiranya tiada penerangan dan persetujuan di antara pelanggan dan penyedia servis.
0 Comments
Leave a Reply. |
canva pro
|