Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami

Blog Pengurus Media Sosial.

Ekonomi Visual & Komunikasi Visual

bekas pengurus, jaga akaun facebook klien raih pendapatan rm2800 sebulan

18/10/2021

0 Comments

 

Kerjaya Baharu Dalam Bidang Pengurusan Media Sosial

Stress Tiada Pekerjaan Pengurus Media Sosial
Siapa sangka dengan hanya menguruskan akaun facebook untuk 2 buah syarikat, penganggur ini mampu meraih pendapatan sebanyak RM2800 sebulan bagi menyara keluarganya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Pada akhir Mei 2020, Pandemik ini telah menyebabkan beliau kehilangan mata pencariannya.
Hampir 2 bulan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, "stress dan struggle" mencari idea untuk mendapatkan sumber pendapatan baru. Dengan berbekalkan sedikit pembacaan, muat turun ebook dan buat "research" di Google mengenai peluang dan teknik menjana pendapatan dari rumah. Ditambah dengan pengalaman mengendalikan facebook di syarikat pembinaan perumahan, syarikat di mana beliau ditamatkan perkhidmatan, Faizal telah memberanikan diri untuk menawarkan servis Pengurus Media Sosial secara freelance. Tuahnya terserlah memandangkan pada waktu itu hampir semua perniagaan terpaksa ditutup dan platform media sosial adalah satu - satunya platform komunikasi yang paling ampuh dalam memberi khidmat sokongan kepada pelanggan. Bermula dengan sebuah syarikat jahitan pukal untuk frontliner sehinggalah kepada 2 buah syarikat beliau kendalikan pada ketika itu. 
Pada awalnya beliau hanya membuat posting setiap hari di 2 akaun facebook syarikat berkenaan. Sumber dan gambar disediakan oleh pihak syarikat beberapa hari sebelum posting dibuat. Lama kelamaan beliau ditawarkan skop tugasan baru dengan menyediakan konten kreatif untuk beberapa cawangan syarikat berkenaan.
Beliau tidak pernah menyangka karier baru ini membenarkan dia boleh bekerja dari rumah dan bebas bekerja tidak kira masa dan lokasi kerana semuanya dihujung jari.
Kini beliau hanya menguruskan satu syarikat tempatan dengan bayaran yang lumayan sebagai Social Media Strategist.
Jana Pendapatan Dari Rumah Pengurus Media Sosial Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    June 2023
    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Pengasas

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Sulaiman Osman, bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman sebagai Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat dari 2017 sehingga sekarang. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, CUEPACS dan Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Zakat Melaka, UTM Space,Pemasaran Kreatif anjuran MARA dan Persijilan Profesional UTM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami