Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami

Blog Pengurus Media Sosial.

Ekonomi Visual & Komunikasi Visual

pemasaran media sosial

25/10/2021

2 Comments

 

Apakah itu Pemasaran Media Sosial

Pemasaran Media Sosial
​Istilah pemasaran media sosial (Social Media Marketing) merujuk kepada proses bisnes berstrategi yang melibatkan penggunaan platform media sosial bertujuan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat. Pemasaran media sosial membantu syarikat berinteraksi dengan pelanggan sedia ada, menyampaikan maklumat, memberi khidmat selepas jualan dan jangkauan kepada pelanggan baharu.
Sebelum aktiviti pemasaran media sosial dapat dijalankan, syarikat perlu terlebih dahulu mempunyai akaun di platform berkenaan termasuklah membuat setting dan deskripsi yang mempunyai ciri - ciri menepati kehendak SEO supaya penampilan mereka di online dapat dikesan apabila membuat carian di Google.
Akitiviti pemasaran media sosial diuruskan oleh individu atau tim yang dipanggil Pengurus Media Sosial untuk merangka strategi  membina dan mengedar kandungan di jaringan media sosial untuk mencapai maksud  pemasaran dan penjenamaan syarikat. Pemasaran media sosial termasuklah aktiviti merangka plan pemasaran digital, membina konten strategi, menggunakan iklan organik dan berbayar bagi tujuan menarik perhatian prospek sehinggalah berlaku conversion sebagaimana metrik yang dikehendakki.
Salah satu contoh pemasaran media sosial adalah membina buyer persona supaya memudahkan pembinaan konten disetiap fasa pemasaran dan di platform media sosial. Setelah mengenalpasti buyer persona maka kempen pemasaran mudah dibentuk dan diedarkan ke seluruh platform media sosial mengikut masa dan jumlah kekerapan tertentu. Di akhir kempen pemasaran nanti, satu audit atau laporan akan dibuat untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kempen berjalan seperti berapa ramaikah yang telah melakukan engagement, hantaran manakah telah mendapat reach yang tinggi dan seterusnya kempen manakah yang mempunyai banyak conversion. Mengenali sasaran pelanggan juga sangat penting di dalam setting Facebook Ads.
Di dalam pemasaran media sosial menganalisa gelagat pelanggan adalah sangat penting bagaimana audiens berinteraksi dengan konten kita sebagai contoh penggunaan Facebook Insights sebagai alat untuk menganalisa audiens, behaviour dan demografik audiens. Alat kerja seperti Content Scheduling juga dapat membantu Pengurus Media Sosial mengautomasikan tugasan mereka seperti membuat hantaran secara berjadual ke media sosial pada waktu yang ditetapkan.
Mereka yang ingin melibatkan diri di dalam pemasaran media sosial harus membiasakan diri dengan menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Whatsapp. Mereka harus dari masa ke semasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana dunia pemasaran media sosial cepat berubah.
Selain Pengurus Media Sosial, Pengurus Komuniti dan Content Creator  adalah di antara profile yang terlibat secara langsung di dalam pemasaran media sosial.
2 Comments
haziq link
22/12/2022 10:41:43 am


Kemajuan teknologi telah memberi impak kepada ekonomi kini. Kemudahan internet bukan sahaja memudahkan manusia untuk berkomunikasi tetapi membantu peniaga untuk mengembangkan lagi bisnes.

Nak tahu apa itu perniagaan dalam talian?

Jom baca artikel sampai habis!

Reply
Haziq link
21/2/2023 11:21:19 am

Dengan mengambil kira faktor luaran dan dalaman seperti kekuatan dan kelemahan bisnes, serta keadaan sekeliling bisnes akan memudahkan bisnes menyesuaikan keadaan bisnes dengan perubahan dalam pasaran.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka dan berkongsi strategi pemasaran perniagaan untuk bisnes anda. Jom baca dengan lebih lanjut!

Reply



Leave a Reply.

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    June 2023
    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Pengasas

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Sulaiman Osman, bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman sebagai Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat dari 2017 sehingga sekarang. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, CUEPACS dan Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Zakat Melaka, UTM Space,Pemasaran Kreatif anjuran MARA dan Persijilan Profesional UTM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2023
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Template Canva Murah
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami