Apakah itu Pemasaran Media SosialIstilah pemasaran media sosial (Social Media Marketing) merujuk kepada proses bisnes berstrategi yang melibatkan penggunaan platform media sosial bertujuan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat. Pemasaran media sosial membantu syarikat berinteraksi dengan pelanggan sedia ada, menyampaikan maklumat, memberi khidmat selepas jualan dan jangkauan kepada pelanggan baharu. Sebelum aktiviti pemasaran media sosial dapat dijalankan, syarikat perlu terlebih dahulu mempunyai akaun di platform berkenaan termasuklah membuat setting dan deskripsi yang mempunyai ciri - ciri menepati kehendak SEO supaya penampilan mereka di online dapat dikesan apabila membuat carian di Google. Akitiviti pemasaran media sosial diuruskan oleh individu atau tim yang dipanggil Pengurus Media Sosial untuk merangka strategi membina dan mengedar kandungan di jaringan media sosial untuk mencapai maksud pemasaran dan penjenamaan syarikat. Pemasaran media sosial termasuklah aktiviti merangka plan pemasaran digital, membina konten strategi, menggunakan iklan organik dan berbayar bagi tujuan menarik perhatian prospek sehinggalah berlaku conversion sebagaimana metrik yang dikehendakki. Salah satu contoh pemasaran media sosial adalah membina buyer persona supaya memudahkan pembinaan konten disetiap fasa pemasaran dan di platform media sosial. Setelah mengenalpasti buyer persona maka kempen pemasaran mudah dibentuk dan diedarkan ke seluruh platform media sosial mengikut masa dan jumlah kekerapan tertentu. Di akhir kempen pemasaran nanti, satu audit atau laporan akan dibuat untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kempen berjalan seperti berapa ramaikah yang telah melakukan engagement, hantaran manakah telah mendapat reach yang tinggi dan seterusnya kempen manakah yang mempunyai banyak conversion. Mengenali sasaran pelanggan juga sangat penting di dalam setting Facebook Ads. Di dalam pemasaran media sosial menganalisa gelagat pelanggan adalah sangat penting bagaimana audiens berinteraksi dengan konten kita sebagai contoh penggunaan Facebook Insights sebagai alat untuk menganalisa audiens, behaviour dan demografik audiens. Alat kerja seperti Content Scheduling juga dapat membantu Pengurus Media Sosial mengautomasikan tugasan mereka seperti membuat hantaran secara berjadual ke media sosial pada waktu yang ditetapkan. Mereka yang ingin melibatkan diri di dalam pemasaran media sosial harus membiasakan diri dengan menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Whatsapp. Mereka harus dari masa ke semasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana dunia pemasaran media sosial cepat berubah. Selain Pengurus Media Sosial, Pengurus Komuniti dan Content Creator adalah di antara profile yang terlibat secara langsung di dalam pemasaran media sosial.
2 Comments
Reply
Dengan mengambil kira faktor luaran dan dalaman seperti kekuatan dan kelemahan bisnes, serta keadaan sekeliling bisnes akan memudahkan bisnes menyesuaikan keadaan bisnes dengan perubahan dalam pasaran.
Reply
Leave a Reply. |
canva pro
|