Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page

PENGURUS MEDIA SOSIAL.

Pengurusan Media Sosial & Pemasaran Media Sosial

 

SIAPAKAH PENGURUS MEDIA SOSIAL

Siapakah_Pengurus_Media_Sosial

Pengurus Media Sosial adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pemasaran platform media sosial sesebuah organisasi. Antara tugas utama mereka adalah penyediaan konten yang responsif, peka kepada engagement pelanggan, menyusun kempen yang strategik dan memberi panduan serta nasihat dari masa ke semasa mengenai reputasi online presense di platform media sosial.

APAKAH TUGAS UTAMA PENGURUS MEDIA SOSIAL

Antara tugas utama Pengurus Media Sosial adalah menyediakan konten yang responsif dan berobjektif, peka kepada engagement audien, menyusun kempen yang strategik dan memberi panduan mengenai reputasi online.

Membina Hubungan 

Pengurus Media Sosial Membina Hubungan Pelanggan
Platform sosial media adalah satu cara yang berkesan dalam meningkatkan hubungan antara pemilik bisnees dan pelanggan melalui engagement di media sosial walaupun mereka sudah menjadi pelanggan kita.​

Membuat Analisa

Pengurus Media Sosial Membuat Analisa
Membuat analisa adalah satu kelebihan bagi melihat gelagat audience dan menyusun strategi pengiklanan bagi mendapatkan conversion yang dikehendaki.

Memilih Kandungan 

Pengurus Media Sosial Mencipta Kandungan
Memilih kandungan dan membina ayat jualan yang betul dan berterusan adalah penting supaya media sosial menjadi alat meningkatkan brand awareness. Konten membuat follower terus melekat dengan brand kita.

Menyedia Laporan

Pengurus Media Sosial Menyedia Laporan
Laporan kemajuan bulanan adalah untuk memantau prestasi media sosial dan menyediakan belanjawan tahunan untuk aktiviti pemasaran media sosial.

​Pengurusan media sosial dan pemasaran media sosial adalah aspek penting yang akan difokuskan supaya anda bersedia untuk memulakan bisnes anda sendiri dengan menyediakan servis Pengurus Media Sosial kepada pemilik bisnes. Usah berlengah lagi, ambil tindakan ubah masa depan. Bekerja dari rumah adalah impian semua individu, 
Ramai yang bertanya berapa potensi pendapatan sebulan ? Bergantung kepada berapa klien yang kita uruskan, biasanya antara RM800 hingga RM3900 untuk satu klien berdasarkan pengalaman anda dan permintaan klien. Adalah dinasihatkan kita fokus kepada 2 atau 3 klien sahaja dalam satu - satu kontrak yang kita buat kecuali kita mempunyai tim.

APAKAH KELAYAKAN BAGI JAWATAN PENGURUS MEDIA SOSIAL

Memiliki sekurang - kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 di dalam Digital Marketing Operation. Ini adalah kerana kompetensi unit yang terdapat di dalam persijilan ini memenuhi tugas - tugas sebagai Pengurus Media Sosial di sektor awam, swasta ataupun freelancer.
Tanggungjawab Pengurus Media Sosial
​Pengurus Media Sosial adalah individu atau tim yang bertanggungjawab terhadap platform media sosial sesebuah organisasi atau syarikat. Selain dari tugasan utama, PMS juga terlibat dengan penyediaan konten yang responsif, peka kepada engagement pelanggan, menyusun kempen yang strategik dan memberi panduan serta nasihat dari masa ke semasa mengenai reputasi online presense di platform berkenaan.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB – PENGURUS MEDIA SOSIAL (PMS)
  • Membuat posting di media sosial. (termasuk memilih text content, image dan video yang bersesuaian)
  • Melakukan pengumuman, pemberitahuan, notis, acara  dan lain-lain.
  • Membuat iklan organik dan berbayar (Facebook ads).
  • Menyediakan laporan (Insights).
  • Menyalurkan aduan, pertanyaan dan pesanan kepada bahagian tertentu.
  • Menjalankan tugasan membuat liputan acara dan majlis di dalam atau di luar organisasi.
  • Mengadakan perjumpaan dengan pelanggan untuk membuat testimoni, penghargaan, promosi dan sebagainya.

Nota:
Senarai tugas adalah berbeza mengikut majikan dan keperluan perniagaan masing-masing.

Menggunakan pengurusan dan pemasaran media sosial yang betul mampu memperkenalkan brand, melakukan engagement kepada prospek dan seterusnya meningkatkan jualan anda .

Bagi Pemilik Bisnes Mengurus Media sosial Kini Bukan Lagi Kerja Santai !

Pandemik yang melanda dunia kini menyedarkan kita bahawa media sosial adalah satu - satu cara untuk berinteraksi dengan prospek dan pelanggan anda. Pengusaha perlu menguruskan dengan betul media sosial mereka supaya tidak tenggelam malahan terus menonjol di tengah - tengah kesesakan maklumat.
​Di sinilah Pengurus Media Sosial diperlukan bagi membantu usahawan yang tidak mempunyai masa dan kepakaran di bidang pemasaran digital.
Kami adalah usahawan seperti anda kini membantu usahawan mengembangkan bisnes mereka dengan cara yang murah, cepat dan berkesan. Kami mempunyai teknik tersendiri dalam menyediakan kandungan posting yang bagus serta memenuhi tema bisnes anda. Konsistensi posting juga harus diambilkira supaya prospek dan pelanggan anda sentiasa alert dengan perkembangan semasa bisnes anda.

KURSUS PENGURUS MEDIA SOSIAL

KHAS UNTUK ANDA YANG INGIN MENJADI FREELANCER

Kursus Pengurus Media Sosial
daftar sekarang

GENERASI MASA DEPAN : MENGUBAH MINDA ANAK CUCU KITA MENJADI
​USAHAWAN KANDUNGAN KREATIF

Picture
Siapa sangka anak - anak cucu kita nanti adalah mereka yang cenderung kepada pembangunan komuniti yang berteraskan kandungan kreatif. Tidak lagi menjadi keutamaan makan gaji sebaliknya menjadikan kandungan kreatif sebagai kerjaya baharu.

​Menurut Joe Pullizi seorang pakar pemasaran yang mempopularkan terma pemasaran kandungan atau Content Marketing telah menerangkan ciri - ciri Usahawan Kandungan Kreatif adalah seseorang yang mencipta kandungan bagi mengembangkan audiens dengan tujuan untuk menjana pendapatan daripada kandungan yang mereka bangunkan.

​Usahawan Kandungan Kreatif bukan sekadar hobi, mereka mempunyai visi dan misi jangka panjang.
Mereka adalah usahawan yang menggunakan strategi "building the audience first."
Tambah beliau lagi, usahawan kandungan kreatif fokus membangunkan satu channel terlebih dahulu sebelum mempelbagaikan ke channel lain. Mereka juga menjana pendapatan melalui pelbagai cara hasil dari kandungan yang mereka cipta dengan sokongan audiens yang mereka bina.

Dengan mengedarkan konten kretif dari blog, podcast dan siri - siri video pendek media sosial, Content Creative Entrepreneur atau CCE mampu menjana pendapatan melalui pembinaan komuniti, pengiklanan digital, affiliate, sumbangan, iklan sponsorhip, review, shout out bisnes dan lain - lain. Di dalam portal The Tilt telah menerangkan panjang lebar mengenai idea dan konsep usahawan kandungan kreatif ini.

Kini setiap pencipta kandungan tidak lagi harus menganggap CCE sebagai profile untuk suka - suka atau hobi malah setiap kita haruslah memiliki minda sebagai usahawan yang mempunyai visi dan misi yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.

KURSUS AI DAN PENGGUNAAN CHATGPT

Kursus Ai dan ChatGPT Agensi by Sulaiman Osman

Mengapa Pegawai Pentadbiran Perlu Kuasai ChatGPT?
Ini Jawapannya!


Kursus AI dan Penggunaan ChatPGPT ini bakal membuka lembaran baharu bagi para pegawai pentadbiran yang ingin memanfaatkan teknologi terkini dalam kerja harian mereka.

Tapi persoalannya, mengapa ChatGPT? Dan bagaimana teknologi ini boleh menjadi game-changer dalam dunia pentadbiran?ChatGPT ialah aplikasi berasaskan kecerdasan buatan generatif (generative AI) yang mampu menjana teks, menjawab pertanyaan, menghasilkan kandungan seperti surat, laporan, minit mesyuarat dan banyak lagi — hanya dengan menggunakan arahan yang dipanggil prompt. Tidak seperti enjin carian biasa, ChatGPT direka bentuk untuk memahami konteks dan memberikan jawapan dalam bentuk perbualan profesional. Ia ibarat rakan sekerja digital yang sentiasa bersedia membantu anda menyiapkan tugasan — pantas, cekap dan tepat.

Dalam dunia pentadbiran yang sentiasa sibuk dan padat dengan kerja dokumentasi, ChatGPT boleh menjadi alat yang menjimatkan masa dan tenaga. Bayangkan anda hanya perlu menaip satu ayat ringkas seperti "Sediakan emel permohonan pembekalan alat tulis untuk tahun 2025", dan dalam masa beberapa saat, anda mendapat draf lengkap yang siap untuk dihantar. Anda tidak perlu lagi bergantung kepada templat lama atau menaip dari awal setiap kali ada permintaan baharu.
Malah, dengan sedikit latihan, anda boleh menyesuaikan gaya penulisan, nada dan susun atur dokumen agar sesuai dengan garis panduan organisasi. Ini menjadikan hasil kerja anda lebih berkualiti dan profesional, sekaligus meningkatkan kredibiliti jabatan.

Anda akan mempelajari bagaiman membinan Ai chatbot anda sendiri. AI chatbot knowledge base ialah satu komponen penting yang menjadikan chatbot benar-benar "bijak" dan bermanfaat untuk organisasi. Ia ibarat “otak rujukan” kepada chatbot — tempat simpanan semua maklumat, data, dan jawapan yang akan digunakan untuk menjawab soalan pengguna dengan tepat dan konsisten.

Apa Sebenarnya Knowledge Base?Secara ringkas, knowledge base (KB) adalah koleksi maklumat yang disusun secara sistematik dan boleh dicapai oleh chatbot secara automatik. Ia boleh terdiri daripada:
  • Dokumen PDF, Word, atau Google Docs (contoh: SOP, surat rasmi, polisi jabatan)
  • Soalan Lazim (FAQ)
  • Manual pengguna
  • Artikel bantuan
  • Laporan tahunan atau laporan berkala
  • Panduan prosedur kerja
  • Borang-borang digital
  • Data sumber manusia, kewangan, atau inventori

Lebih penting lagi, menguasai ChatGPT adalah sebahagian daripada kemahiran digital abad ke-21 yang semakin menjadi keperluan dalam sektor awam dan swasta. Pegawai yang celik AI akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, dihargai dalam organisasi, dan berpeluang lebih cerah untuk kenaikan pangkat serta penglibatan dalam projek-projek transformasi digital.
​
Kursus sehari ini akan membimbing peserta daripada asas sehingga kepada kemahiran praktikal. Antara yang akan dipelajari termasuklah pengenalan kepada teknologi ChatGPT, cara mengakses versi percuma GPT-4o, teknik bertanya atau prompting untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan relevan, serta latihan amali dalam menghasilkan emel, laporan, infografik dan chatbot AI yang boleh digunakan di jabatan masing-masing.

Kesimpulannya, pegawai pentadbiran bukan lagi sekadar pelaksana tugas, tetapi pemacu utama kepada perubahan dan inovasi dalam organisasi. Menguasai ChatGPT bukan sahaja memberi kelebihan dalam kerja seharian, tetapi juga membentuk identiti baharu sebagai penjawat awam digital yang bersedia mendepani cabaran masa depan. Jadi, ayuh rebut peluang ini dan sertai gelombang transformasi pentadbiran dengan AI!

Daftar Kursus

Powered by Create your own unique website with customizable templates.