Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2022
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami

USAHAWAN KANDUNGAN

Apakah itu Usahawan Kandungan

siapakah usahawan kandungan ?

27/12/2021

0 Comments

 
Picture
Siapa sangka anak - anak cucu kita nanti adalah mereka yang cenderung kepada pembangunan komuniti yang berteraskan konten. Tidak lagi menjadi keutamaan makan gaji sebaliknya menjadikan konten sebagai kerjaya baharu.

​Menurut Joe Pullizi seorang pakar pemasaran yang mempopularkan terma pemasaran kandungan atau Content Marketing telah menerangkan ciri - ciri usahawan kandungan adalah seseorang yang mencipta kandungan bagi mengembangkan audiens dengan tujuan untuk menjana pendapatan daripada kandungan yang mereka bangunkan.

​Usahawan kandungan bukan sekadar hobi, Mereka mempunyai visi dan misi jangka panjang.
Mereka adalah usahawan yang menggunakan strategi "building the audience first."
Tambah beliau lagi, usahawan kandungan fokus membangunkan satu channel terlebih dahulu sebelum mempelbagaikan ke channel lain. Mereka juga menjana pendapatan melalui pelbagai cara hasil dari kandungan yang mereka cipta dengan sokongan audiens yang mereka bina.

Dengan mengedarkan konten dari blog, podcast dan siri - siri video, Content Entrepreneur atau CE mampu menjana pendapatan melalui pembinaan komuniti, pengiklanan digital, affiliate, sumbangan, iklan sponsorhip, review, shout out bisnes dan lain - lain. Di dalam portal The Tilt
telah menerangkan panjang lebar mengenai idea dan konsep usahawan kandungan ini.

Kini setiap pencipta kandungan tidak lagi harus menganggap CE sebagai profile untuk menghasilkan duit tepi atau hobi malah setiap kita haruslah memiliki minda usahawan yang mempunyai visi dan misi.

0 Comments
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2022
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami