Apakah itu Pemasaran Media SosialIstilah pemasaran media sosial (Social Media Marketing) merujuk kepada proses bisnes berstrategi yang melibatkan penggunaan platform media sosial bertujuan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat. Pemasaran media sosial membantu syarikat berinteraksi dengan pelanggan sedia ada, menyampaikan maklumat, memberi khidmat selepas jualan dan jangkauan kepada pelanggan baharu. Sebelum aktiviti pemasaran media sosial dapat dijalankan, syarikat perlu terlebih dahulu mempunyai akaun di platform berkenaan termasuklah membuat setting dan deskripsi yang mempunyai ciri - ciri menepati kehendak SEO supaya penampilan mereka di online dapat dikesan apabila membuat carian di Google. Akitiviti pemasaran media sosial diuruskan oleh individu atau tim yang dipanggil Pengurus Media Sosial untuk merangka strategi membina dan mengedar kandungan di jaringan media sosial untuk mencapai maksud pemasaran dan penjenamaan syarikat. Pemasaran media sosial termasuklah aktiviti merangka plan pemasaran digital, membina konten strategi, menggunakan iklan organik dan berbayar bagi tujuan menarik perhatian prospek sehinggalah berlaku conversion sebagaimana metrik yang dikehendakki. Salah satu contoh pemasaran media sosial adalah membina buyer persona supaya memudahkan pembinaan konten disetiap fasa pemasaran dan di platform media sosial. Setelah mengenalpasti buyer persona maka kempen pemasaran mudah dibentuk dan diedarkan ke seluruh platform media sosial mengikut masa dan jumlah kekerapan tertentu. Di akhir kempen pemasaran nanti, satu audit atau laporan akan dibuat untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kempen berjalan seperti berapa ramaikah yang telah melakukan engagement, hantaran manakah telah mendapat reach yang tinggi dan seterusnya kempen manakah yang mempunyai banyak conversion. Mengenali sasaran pelanggan juga sangat penting di dalam setting Facebook Ads. Di dalam pemasaran media sosial menganalisa gelagat pelanggan adalah sangat penting bagaimana audiens berinteraksi dengan konten kita sebagai contoh penggunaan Facebook Insights sebagai alat untuk menganalisa audiens, behaviour dan demografik audiens. Alat kerja seperti Content Scheduling juga dapat membantu Pengurus Media Sosial mengautomasikan tugasan mereka seperti membuat hantaran secara berjadual ke media sosial pada waktu yang ditetapkan. Mereka yang ingin melibatkan diri di dalam pemasaran media sosial harus membiasakan diri dengan menggunakan beberapa platform media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Whatsapp. Mereka harus dari masa ke semasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana dunia pemasaran media sosial cepat berubah. Selain Pengurus Media Sosial, Pengurus Komuniti dan Content Creator adalah di antara profile yang terlibat secara langsung di dalam pemasaran media sosial.
2 Comments
Apakah itu Pengurusan Media SosialPengurusan media sosial dari sudut perniagaan adalah proses menganalisis audiens media sosial dan membina strategi yang bersesuian, membuat dan menyebarkan kandungan, memantau engagement, membina hubungan B2B dan B2C serta mengukur prestasi media sosial. Secara asasnya pengurusan media sosial ini lebih tertumpu dan berkait rapat kepada merancang, menyusun dan memantau penggunaan media sosial itu sendiri dengan betul untuk individu, kumpulan, organisasi ataupun syarikat. Elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan media sosial ini termasuklah profile yang menguruskan media sosial berkenaan dari segi etika dan objektifnya, personaliti platform media sosial itu sendiri dan audiens yang melakukan engagement melalui platform berkenaan. Berbeza dengan pemasaran media sosial yang terasnya lebih kepada proses bisnes memberitahu orang ramai mengenai sesuatu produk atau servis ang ditawrkan oleh syarikat denganmenggunakan platform media sosial yang bersesuaian. Platform media sosial yang dimaksudkan adalah seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Podcast, Blog dan yang seumpamanya. Kesemua platform ini asasnya adalah konten yang mempunyai nilai dan manfaat kepada perniagaan dan pelanggan. Mengetahui profile dan algorithm media sosial adalah sangat penting kerana setiap media sosial mempunyai personaliti yang berbeza contohnya Facebook sesuai untuk menulis artikel pendek yang boleh disertai dengan gambar atau video. Manakala untuk penampilan gambar media sosial yang paling popular ialah Instagram sementara untuk video platform media sosial yang popular adalah Youtube. Blog pula adalah di antara media sosial terawal dan paling berpengaruh di dalam pemasaran konten di mana media sosial ini membolehkan kita menulis artikel yang panjang, disertai dengan gambar dan video bukan itu sahaja malah pelbagai fungsi seperti langganan newsletter, iklan Google dan sebagainya. Di dalam pengurusan media sosial ini, Pengurus Media Sosial adalah individu yang bertanggungjawab melaksanakan dua aspek penting iaitu pengurusan media sosial dan pemasaran media sosial. Mereka juga perlu penyediakan konten yang bernilai dan menarik kepada sasaran audiens dan membuatkan mereka bertindak dan seterusnya menjadi pelanggan. Alat kerja di dalam pengurusan media sosial adalah seperti Content Management Software (CMS) untuk pengurusan blog, Pengurusan Account Media Sosial ( Social Media Management Software) untuk proses hantaran ke platform media sosial, Aplikasi Grafik bagi pembinaan konten, Google Analytics bagi tujuan analisi gelagat audiens dan Email Marketing Tools bagi komunikasi dengan pelanggan melalui email adalah sangat penting bagi memudahkan urusan membuat pemantauan, pengurusan dan analisa media sosial. Kursus yang sesuai dihadiri oleh individu untuk mendalami mengenai pengurusan media sosial adalah seperti kursus Pengurus Media Sosial dan pengurusan media sosial di mana mereka akan didedahkan secara asas mengenai pengurusan dan pemasaran media sosial. Kerjaya Baharu Dalam Bidang Pengurusan Media SosialSiapa sangka dengan hanya menguruskan akaun facebook untuk 2 buah syarikat, penganggur ini mampu meraih pendapatan sebanyak RM2800 sebulan bagi menyara keluarganya ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Pada akhir Mei 2020, Pandemik ini telah menyebabkan beliau kehilangan mata pencariannya. Hampir 2 bulan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, "stress dan struggle" mencari idea untuk mendapatkan sumber pendapatan baru. Dengan berbekalkan sedikit pembacaan, muat turun ebook dan buat "research" di Google mengenai peluang dan teknik menjana pendapatan dari rumah. Ditambah dengan pengalaman mengendalikan facebook di syarikat pembinaan perumahan, syarikat di mana beliau ditamatkan perkhidmatan, Faizal telah memberanikan diri untuk menawarkan servis Pengurus Media Sosial secara freelance. Tuahnya terserlah memandangkan pada waktu itu hampir semua perniagaan terpaksa ditutup dan platform media sosial adalah satu - satunya platform komunikasi yang paling ampuh dalam memberi khidmat sokongan kepada pelanggan. Bermula dengan sebuah syarikat jahitan pukal untuk frontliner sehinggalah kepada 2 buah syarikat beliau kendalikan pada ketika itu. Pada awalnya beliau hanya membuat posting setiap hari di 2 akaun facebook syarikat berkenaan. Sumber dan gambar disediakan oleh pihak syarikat beberapa hari sebelum posting dibuat. Lama kelamaan beliau ditawarkan skop tugasan baru dengan menyediakan konten kreatif untuk beberapa cawangan syarikat berkenaan. Beliau tidak pernah menyangka karier baru ini membenarkan dia boleh bekerja dari rumah dan bebas bekerja tidak kira masa dan lokasi kerana semuanya dihujung jari. Kini beliau hanya menguruskan satu syarikat tempatan dengan bayaran yang lumayan sebagai Social Media Strategist. Kursus Pengurus Media Sosial akan ditambah baik dengan penambahan modul Pemasaran Media Sosial (Social Media Marketing) disamping mengekalkan modul Pengurusan Media Sosial (Social Media Management). Antara modul di dalam pemasaran media sosial ialah pemasaran konten di mana peserta akan didedahkan kepada strategi dan pemasaran konten. Kursus Pengurus Media Sosial 2022 ini menekankan aspek penggunaan blog sebagai Sales Funnel utama bagi menarik prospek untuk melanggan newsletter, klik link pembelian atau lead magnet dan tagging mereka semula untuk retargeting. Di dalam kursus ini juga peserta akan memahami bagaimana membina content pillars dan sub topik selaras dengan visi dan misi bisnes mereka. Tahun 2022 pihak kami merancang untuk menjalankan kursus persijilan Pengurus Media Sosial supaya mereka yang hadir akan berupaya menyediakan diri sebagai pekerja bebas untuk menyediakan servis mengurus media sosial klien. Kursus ini akan dijalankan selama 3 hari dengan memperkasakan ilmu pengurusan dan pemasaran media sosial termasuklah aplikasi Canva Pro memandangkan Pengurus Media Sosial tidak dapat lari dari membina konten kreatif ke dalam media sosial. Kepada anda yang berminat untuk menyertai kursus Pengurus Media Sosial 2022 bolehlah memberi details anda di dalam borang yang disertakan. |
canva pro
|