Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2022
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami

Blog Pengurus Media Sosial.

Selangor Freelance - Inisiatif baharu MBI

Selangor freelance bantu FReelancer

25/9/2022

0 Comments

 
Picture
Selangor Freelance merupakan salah satu inisiatif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang dilaksanakan bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang fleksibel dan pendapatan tambahan untuk rakyat Selangor.

Program Selangor Freelance ini memberi peluang bagi pekerja bebas mengetengahkan kemahiran mereka di bawah Digital Gig Economy serta mampu mengurangkan peratusan pengangguran di Selangor.
Program ini juga meningkatkan bakat dan kemahiran golongan berkenaan serta memberi kebebasan kepada individu menjalani pekerjaan secara kontrak tanpa perlu digajikan sepenuh masa. Didalam insiatif ini, Workana merupakan sebuah platform freelancing yang akan menawarkan sebanyak lima ribu (5000) peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital.

Workana ditubuhkan pada tahun 2012 dan Ia merupakan salah satu platform freelance pertama di Latin America. Workana juga pernah berkolaborasi dalam Program eRezeki.

Terdapat lapan sektor pekerjaan yang terlibat dalam program Selangor Freelance iaitu:
  • IT dan Pengaturcaraan
  • Reka bentuk dan Multimedia
  • Penulisan dan Penterjemahan
  • Jualan dan Pemasaran
  • Sokongan Pentadbiran
  • Penasihat undang-undang
  • Kewangan dan Pengurusan
  • Kejuruteraan dan Pembuatan

Pengurus Media Sosial adalah kerjaya baharu yang mampu mengisi senarai pekerjaan bebas kepada rakyat Selangor bagi menyediakan servis mengendalikan media sosial klien dari rumah. Kami menyediakan kusus intensif bagaimana anda boleh menjadi pekerja bebas sebagai Pengurus Media Sosial.
.
0 Comments

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Penulis

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman menjadi Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Pengurus Media Sosial 2022 Zakat Melaka dan Pemasaran Kreatif anjuran MARA.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2022
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Blog Pengurus Media Sosial
  • Usahawan Kandungan
  • Podcast
  • Hubungi
  • Mengenai Kami