Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page

digital marketing operation

April 11th, 2025

11/4/2025

0 Comments

 

Syarat Asas Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Digital Marketing Operation untuk Jawatan Pengurus Media Sosial

Picture
​Syarat asas yang dicadangkan untuk jawatan ini adalah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Digital Marketing Operation. Artikel ini akan menerangkan mengapa kelayakan ini penting dan bagaimana ia dapat meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam bidang ini.

Pengenalan kepada SKM Tahap 3 dalam Digital Marketing Operation
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Digital Marketing Operation adalah pengiktirafan rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persijlan ini memberi pengetahuan mendalam melalui Unit Kompetensi (CU) mengenai pelbagai aspek operasi pemasaran digital termasuk:
  • Social Media Marketing: Strategi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui platform media sosial.
  • Search Engine Optimisation (SEO): Teknik untuk meningkatkan kedudukan laman web di enjin carian.
  • Email Marketing: Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dan mempromosikan produk kepada pelanggan.
  • E-Commerce Marketing: Pengoptimuman laman web e-dagang dan pengurusan kempen jualan dalam talian.
  • Mobile Marketing : Merancang strategi pemasaran mesra mudah alih
  • SEO Marketing : Akitviti menjalankan kempen pemasaran enjin carian

​Kepentingan SKM Tahap 3 untuk Pengurus Media Sosial
  1. Pengetahuan Asas yang Kukuh: Program ini menyediakan asas pengetahuan yang diperlukan untuk memahami selok-belok pemasaran digital. Dengan pemahaman yang mendalam, pengurus media sosial dapat melaksanakan kempen dengan lebih berkesan.
  2. Kepakaran dalam Pelbagai Platform: Menguasai pelbagai alat dan teknik di dalam pemasaran digital membolehkan pengurus media sosial mencapai dan berinteraksi dengan audiens yang lebih luas.
  3. Kelayakan yang Diiktiraf: Memiliki SKM memberi anda kelebihan dalam pasaran kerja, di mana majikan lebih cenderung memilih calon yang mempunyai pengiktirafan rasmi.
  4. Kemahiran Analitis: Pelajar yang mengikuti kursus ini dilatih dalam menganalisis data dan menilai prestasi kempen. Ini adalah kemahiran kritikal bagi pengurus media sosial untuk membuat keputusan yang berdasarkan fakta.
Cara Meningkatkan Peluang Kerjaya Anda
Mempunyai SKM Tahap 3 adalah langkah pertama yang baik, tetapi anda juga boleh mengambil langkah tambahan bagi meningkatkan kebolehan anda:
  • Dapatkan Pengalaman Praktikal: Sertai latihan atau program internship untuk mendapatkan pengalaman dunia sebenar dalam menguruskan kempen media sosial.
  • Kembangkan Kemahiran Tambahan: Sertai kursus tambahan dalam pengiklanan dalam talian, copywriting, atau reka bentuk grafik untuk memperkukuh profil anda.
  • Bina Portfolio: Rekodkan kempen yang telah anda jalankan dan hasil yang diperoleh. Ini akan membantu anda menunjukkan kemampuan kepada majikan                                                                                  

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Digital Marketing Operation adalah syarat asas yang bersesuaian untuk jawatan Pengurus Media Sosial. Ia bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, tetapi juga memberi kelebihan positif dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif. Jika anda bercita-cita untuk menjadi Pengurus Media Sosial yang berjaya, memulakan dengan kelayakan ini adalah pilihan yang tepat!
0 Comments

8 Langkah Praktikal untuk Pengurusan E-Sisa dan Data dalam Pemasaran Digital

11/3/2025

0 Comments

 
Picture

Dalam era digital hari ini, pengurusan data dan kandungan yang tidak digunakan adalah amat penting, terutamanya dalam bidang media sosial dan pemasaran. Pengurusan e-sisa bukan hanya melibatkan peranti fizikal, tetapi juga merangkumi pengurusan data digital yang betul.

Artikel ini menyediakan panduan langkah demi langkah untuk membantu organisasi menguruskan e-sisa dan data dengan cara yang bertanggungjawab dan berkesan melalui konsep E-Kitaran Sumber Digital. 
​
1. Organisasi Data dan Audit
Melakukan audit berkala ke atas ruang penyimpanan digital adalah langkah pertama dalam pengurusan e-sisa. Tetapkan jadual audit secara rutin, contohnya setiap tiga bulan. Buat senarai semak yang menyenaraikan jenis data yang perlu diaudit, termasuk fail multimedia dan bahan kreatif. Selain itu, sediakan katalog yang memaparkan maklumat tentang setiap fail, seperti nama, tarikh terakhir diubah, dan statusnya (masih relevan atau tidak). 

2. Menyimpan Kandungan Tidak Digunakan
Kandungan yang tidak digunakan tetapi mungkin berguna pada masa hadapan seharusnya diarkibkan. Amalkan sistem penamaan yang konsisten untuk fail yang diarkib dan gunakan penyimpan awan untuk menyimpan kandungan ini. Pastikan lokasi penyimpanan diatur agar mudah dicari dan diakses di masa hadapan. 

3. Menghapus Fail yang Tidak Diperlukan
Gunakan alat automasi untuk membantu mengenal pasti dan menghapus fail yang tidak diperlukan. Pemanfaatan alat pengurusan kandungan atau perisian pembersihan digital boleh menjadikan proses ini lebih mudah. Selain itu, sediakan masa khusus untuk meninjau dan menghapus fail yang tidak lagi relevan secara manual. 

4. Sistem Pengurusan Kandungan (CMS)
Manfaatkan ciri yang terdapat dalam sistem pengurusan kandungan. Menggunakan fungsi kawalan versi dalam CMS membolehkan pasukan melihat dan mengembalikan versi terdahulu jika perlu. Pastikan fail diatur mengikut kategori dan gunakan tag untuk memudahkan pencarian. 

5. Dasar Penahanan Data
Sediakan dokumen dasar penahanan data yang jelas untuk organisasi. Ini termasuk tempoh penyimpanan yang disyorkan bagi pelbagai jenis data. Pastikan semua anggota pasukan memahami dan patuh kepada dasar ini untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan standard industri. Di Malaysia, pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) adalah penting untuk melindungi maklumat peribadi dan memastikan bahawa data yang dikumpulkan digunakan secara sah dan bertanggungjawab. 

6. Penghapusan Selamat
Pastikan penggunaan alat penghapusan selamat untuk menghapuskan data sensitif. Gunakan alat penghancur seperti Eraser atau CCleaner. Pastikan bahawa apabila menghapuskan data peribadi, prosedur yang mematuhi PDPA diikuti demi melindungi hak individu. Jangan lupa untuk kosongkan tong kitar semula secara berkala bagi memastikan data yang tidak diperlukan tidak terkumpul. 

7. Pendidikan kepada Tim
Menyediakan sesi latihan kepada tim adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan data dan kepatuhan kepada PDPA. Sesi latihan ini dapat merangkumi amalan terbaik dalam mengenal pasti kandungan berlebihan serta teknik pembersihan data dengan betul. Penyediaan sumber rujukan seperti panduan bergambar akan membantu mempercepatkan pemahaman. 

8. Pengitaran E-Sisa
Akhirnya, adalah penting untuk mengitar semula peranti elektronik yang tidak digunakan melalui konsep E-Kitaran Sumber Digital. Dapatkan maklumat tentang syarikat pengitaran e-sisa yang menjalankan proses pengurusan yang selamat dan bertanggungjawab. Selalu galakkan amalan mesra alam dalam masyarakat untuk memastikan penggunaan sumber secara berkesan dan bertanggungjawab. 

Kesimpulan Pengurusan e-sisa dalam media sosial dan pemasaran bukan hanya memberi manfaat kepada organisasi dari segi produktiviti, tetapi juga meningkatkan reputasi jenama melalui amalan mesra alam dan pematuhan kepada peraturan seperti PDPA. Dengan menjalankan langkah-langkah ini dan menerapkan konsep E-Kitaran Sumber Digital, organisasi boleh memastikan ruang kerja digital yang lebih bersih dan berkesan. Melalui kesedaran dan tindakan yang tepat, kita semua dapat menyumbang terhadap kelestarian pemeliharaan alam sekitar serta melindungi data peribadi.
0 Comments

Digital Marketing Operation - Persijilan SKM Digital Marketing Operation : NOSS M731-001-3:2021

23/2/2025

0 Comments

 
Picture
Menurut panduan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK, Unit Kompetensi atau Compentency Unit (CU) dalam konteks artikel ini adalah bermaksud satu fungsi kerja utama bagi sesuatu bidang pekerjaan. Setiap unit kompetensi mengandungi beberapa aktiviti/tugasan bagi melengkap fungsi kerja utama yang boleh dinilai dan dipersijilkan secara berasingan; 

Di bawah ini adalah 5 CU yang berkaitan dengan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Digital Marketing Operation Level 3
NOSS M731-001-3:2021 yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

1.Sosial Media Marketing 
Unit Kompetensi (CU) ini berkaitan mencipta akaun perniagaan di media sosial, melaksanakan kempen pemasaran, menghasilkan kandungan yang relevan, mengawasi hantaran, dan menilai keberkesanan usaha pemasaran media sosial.
Di bawah Sijil Kemahiran Malaysia Digital Marketing Operation Level 3 NOSS M731-001-3:2021 yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Tujuan CU Social Media Marketing ini adalah untuk melaksanakan strategi pemasaran media sosial dengan berkesan yang dapat meningkatkan keterlihatan jenama dan mendorong engagement serta conversion. Kompetensi ini untuk melengkapkan calon dengan kemampuan untuk memanfaatkan platform media sosial bagi berinteraksi dengan audiens, mempromosikan tawaran syarikat, dan melaksana strategi yang dapat meningkatkan kesedaran jenama, meningkatkan engagement, serta menghasilkan conversion.

Kandungan CU seperti berikut :
  1. Mencipta akaun perniagaan di platform media sosial.
  2. Melaksanakan kempen pemasaran media sosial.
  3. Mencipta kandungan pemasaran media sosial yang menarik.
  4. Mengurus dan menyelia hantaran media sosial.
  5. Menilai prestasi aktiviti pemasaran media sosial.
 
2.Search Engine Optimisation - SEO
Melaksanakan proses mengoptimumkan kandungan dalam talian bagi meningkatkan keterlihatan bagi carian relevan yang menggunakan kata kunci tertentu. Unit Kompetensi (CU) ini berkaitan pembinaan serta pengoptimuman enjin carian di halaman (on-page) dan di luar halaman (off-page), serta memantau prestasi kedudukan pengoptimuman enjin carian.
Hasil daripada CU ini adalah pengoptimuman kandungan dalam talian yang akan memperbaiki kedudukan dalam enjin carian dan meningkatkan trafik ke laman web yang diperlukan melalui hasil carian enjin.
 
Kandungan CU adalah seperti berikut :-
  1. Membina pengoptimuman enjin carian di halaman.
  2. Membina pengoptimuman enjin carian di luar halaman.
  3. Memantau prestasi kedudukan pengoptimuman enjin carian.

3.Search Engine Marketing
Kemampuan ini memberi tumpuan kepada kemahiran yang diperlukan untuk memasarkan perniagaan melalui strategi berbayar untuk meningkatkan keterlihatan di halaman hasil carian enjin.
Individu yang mahir dalam Unit Kompetensi (CU) ini akan dapat membina akaun pemasaran enjin carian, melaksanakan kempen pemasaran yang berkesan, menghasilkan kandungan yang relevan, dan menilai prestasi inisiatif pemasaran enjin carian.
Tujuan CU ini adalah untuk mengoptimumkan usaha carian berbayar, yang akan memberikan keterlihatan yang lebih besar dan meningkatkan trafik di halaman hasil carian enjin

Kandungan di dalam CU ini adalah seperti berikut:
  1. Membuka akaun pemasaran enjin carian.
  2. Melaksana kempen pemasaran enjin carian.
  3. Mencipta kandungan pemasaran enjin carian.
  4. Menilai prestasi usaha pemasaran enjin carian.

4.E-Commerce Marketing
Kemampuan ini memberi tumpuan kepada kemahiran penting yang diperlukan untuk menjalankan transaksi komersial secara elektronik melalui internet. Tujuan CU ini adalah untuk mengaplikasikan strategi secara berkesan yang membawa kepada perniagaan e-dagang yang menguntungkan dan berjaya. Kompetensi ini diperlukan bagi menjalankan transaksi komersial secara elektronik dalam talian dan melaksanakan strategi yang menghasilkan keuntungan dan kejayaan dalam sektor e-dagang.

Kandungan CU berkaitan adalah :
  1. Membuka akaun e-dagang.
  2. Melaksana kempen pemasaran e-dagang.
  3. Mencipta kandungan untuk pemasaran e-dagang.
  4. Mengurus operasi kedai e-dagang.
  5. Menilai keberkesanan usaha pemasaran e-dagang.
 
5.Mobile Marketing
Kemampuan ini melibatkan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran digital pelbagai saluran yang bertujuan untuk menarik perhatian audiens sasaran melalui telefon pintar, tablet, dan peranti mudah alih lain. Penglibatan ini berlaku melalui pelbagai platform, termasuk laman web, e-mel, SMS dan MMS, media sosial, dan aplikasi.Unit Kompetensi (CU) ini berkaitan membuka akaun pemasaran mudah alih, melaksanakan kempen pemasaran, menghasilkan kandungan pemasaran mudah alih yang relevan, dan menilai prestasi usaha pemasaran mudah alih.
Objektif CU ini adalah untuk meningkatkan nilai jenama dan permintaan bagi produk atau perkhidmatan dengan memanfaatkan peranti mudah alih untuk berhubung terus dengan pengguna secara masa nyata sepanjang perjalanan pelanggan mereka.
Kompetensi ini bertujuan menggunakan peranti mudah alih dengan berkesan untuk berinteraksi langsung dengan pengguna secara masa nyata di setiap peringkat kitaran hidup pelanggan.

Kandungan CU adalah seperti berikut :                                                                                                           
  • Membuka akaun pemasaran mudah alih.
  • Melaksana kempen pemasaran mudah alih.
  • Mencipta kandungan untuk pemasaran mudah alih.
  • Menilai prestasi inisiatif pemasaran mudah alih.

6.Email Marketing
​
Strategi pemasaran melalui e-mel digunakan untuk tujuan seperti penjanaan prospek, meningkatkan keterlihatan jenama, memelihara hubungan, dan mengekalkan penglibatan pelanggan di antara pembelian melalui pelbagai jenis e-mel pemasaran.
Unit Kompetensi (CU) ini membabitkan pembukaan akaun pemasaran e-mel, melaksana kempen pemasaran, mencipta kandungan e-mel yang menarik, dan menilai keberkesanan usaha pemasaran e-mel.
Tujuan CU ini adalah untuk melaksanakan strategi pemasaran e-mel dengan berkesan yang meningkatkan hubungan dengan audiens sasaran secara peribadi.Kompetensi menggunakan strategi pemasaran e-mel yang mengoptimumkan penglibatan dengan audiens sasaran, menjana prospek, meningkatkan keterlihatan jenama, membina hubungan, dan mengekalkan engagement pelanggan di antara pembelian melalui pelbagai jenis e-mel pemasaran.
Kandungan CU adalah seperti berikut:
  • Membina akaun pemasaran e-mel.
  • Melaksanakan kempen pemasaran e-mel.
  • Mencipta kandungan untuk pemasaran e-mel.
  • Menilai prestasi inisiatif pemasaran e-mel.
0 Comments

Peranan Pengurus Media Sosial (PMS) dalam Digital Marketing Operation SKM M731-001-3:2021

23/2/2025

0 Comments

 
Picture

Hubungkait Tugas Pengurus Media Sosial (PMS) dengan Tugas-Tugas dalam Digital Marketing Operation

Dalam era digital yang semakin berkembang, peranan Pengurus Media Sosial (PMS) menjadi semakin penting dalam strategi pemasaran keseluruhan. Unit Kompetensi (CU) dalam Digital Marketing Operation membolehkan PMS menguasai pelbagai aspek seperti Social Media Marketing, Search Engine Optimisation (SEO), Search Engine Marketing (SEM), Mobile Marketing, Email Marketing, dan E-Commerce Marketing.
​
Berikut adalah cara PMS berkait rapat dengan setiap CU yang terlibat, beserta contoh.

1. Social Media Marketing (SMM)
PMS bertanggungjawab dalam mencipta dan melaksanakan kempen pemasaran di platform media sosial. Tugas ini merangkumi:
  • Mencipta akaun perniagaan di platform media sosial: Contohnya, PMS bagi kedai pakaian mencipta akaun Instagram yang menarik.
  • Melaksanakan kempen pemasaran media sosial: Sebagai contoh, kempen "Tanya Doktor Kulit" untuk produk penjagaan kulit.
  • Mencipta kandungan pemasaran media sosial yang menarik:
  • Menghasilkan video tutorial dan gambar produk yang relevan.
  • Mengurus dan menyelia hantaran media sosial:
  • Memberi respons positif kepada komen negatif untuk menjaga reputasi jenama.
  • Menilai prestasi aktiviti pemasaran media sosial: Menggunakan alat analitik seperti Facebook Insights untuk menganalisa keterlibatan pengguna.

2. Search Engine Optimisation (SEO)
PMS perlu memahami asas-asas pengoptimuman enjin carian (SEO) untuk meningkatkan keterlihatan laman web:
  • Membina pengoptimuman enjin carian di halaman:
  • Mengoptimakan elemen dalam laman web seperti tajuk, deskripsi, dan penggunaan kata kunci.
  • Membina pengoptimuman enjin carian di luar halaman
  • Membangun pautan dari laman web lain yang berkualiti.
  • Memantau prestasi kedudukan pengoptimuman enjin carian:
  • Menggunakan alat analitik untuk memantau prestasi laman web dalam hasil carian.

3. Search Engine Marketing (SEM)
PMS terlibat dalam pelaksanaan kempen pemasaran enjin carian:
  • Membuka akaun pemasaran enjin carian: Sebagai contoh, membuka akaun Google Ads.
  • Melaksana kempen pemasaran enjin carian
  • Merancang dan melaksanakan kempen iklan berbayar.
  • Mencipta kandungan pemasaran enjin carian:
  • Menulis iklan yang menarik yang akan muncul dalam hasil carian.
  • Menilai prestasi usaha pemasaran enjin carian:
  • Menilai keberkesanan kempen dengan menggunakan analitik.

4. Mobile Marketing
PMS juga perlu merancang strategi pemasaran mesra mudah alih:
  • Membuka akaun pemasaran mudah alih
  • Membuka akaun di platform pemasaran mudah alih seperti AdMob.
  • Melaksana kempen pemasaran mudah alih
  • Merancang kempen iklan yang menyasarkan pengguna mudah alih.
  • Mencipta kandungan untuk pemasaran mudah alih
  • Menghasilkan iklan dan konten yang disesuaikan untuk peranti mudah alih.
  • Menilai prestasi inisiatif pemasaran mudah alih: Menggunakan alat analitik untuk mengukur keberkesanan kempen mudah alih.

5. Email Marketing
Dalam pemasaran email, PMS harus:
  • Membina akaun pemasaran e-mel:
  • Membuka dan menguruskan akaun di platform pemasaran email seperti Mailchimp.
  • Melaksanakan kempen pemasaran e-mel
  • Merancang kempen e-mel berkala untuk mengumumkan promosi terbaru.
  • Mencipta kandungan untuk pemasaran e-mel
  • Menulis e-mel yang menarik dan relevan.
  • Menilai prestasi inisiatif pemasaran e-mel:
  • Menggunakan data analitik untuk mengukur keberkesanan kempen.

6. E-Commerce Marketing
PMS memainkan peranan penting dalam pemasaran e-dagang untuk meningkatkan jualan:
  • Membuka akaun e-dagang
  • Membantu membuka kedai dalam talian melalui platform seperti Shopee.
  • Melaksana kempen pemasaran e-dagang
  • Merancang kempen promosi untuk produk yang dijual secara dalam talian.
  • Mencipta kandungan untuk pemasaran e-dagang
  • Menulis deskripsi produk yang menarik.
  • Mengurus operasi kedai e-dagang
  • Memastikan kedai dalam talian berfungsi dengan baik.
  • Menilai keberkesanan usaha pemasaran e-dagang:
  • Menggunakan analitik untuk memantau jualan dan penglibatan pelanggan.

Kesimpulan Peranan Pengurus Media Sosial (PMS) tidak boleh dipandang remeh dalam dunia pemasaran digital. Hubungkait tugas mereka dalam rangka kerja yang lebih luas dalam digital marketing operation menunjukkan bahawa kemahiran dan tanggungjawab mereka adalah penting untuk membina dan mengekalkan kehadiran dalam talian yang berkesan. Dengan memanfaatkan media sosial dan saluran pemasaran lain secara strategik, PMS dapat meningkatkan keterlihatan jenama, mendorong engagement, dan mencapai conversion yang diidamkan.
0 Comments
Powered by Create your own unique website with customizable templates.