Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page

aI  dan  Pengurus Media Sosial.

Panduan AI untuk Pengurus Media Sosial yang merangkumi strategi pemasaran digital, teknik engagement, tips untuk mencipta kandungan menarik, dan cara mengoptimumkan kempen media sosial

Peranan Pengurus Media Sosial dalam Ekonomi Visual

3/6/2023

0 Comments

 
Picture
​Konsep ekonomi visual merujuk pada penggunaan elemen visual seperti gambar, grafik, infografik, video, dan elemen visual lainnya dalam konteks ekonomi. Dalam kata lain aktiviti komunikasi visual yang mendatangkan keuntungan kepada individu, usahawan dan organisasi.
Menyebut mengenai komunikasi visual Ini melibatkan penggunaan visualisasi untuk menyampaikan informasi ekonomi dengan cara yang lebih mudah difahami, menarik, dan efektif kepada audiens. Dalam era digital dan media sosial, konsep ekonomi visual semakin penting kerana daya tarik dan efektif dalam menyampaikan informasi ekonomi kepada audiens dengan menggunakan elemen visual.
Pengurus Media Sosial merupakan pemain utama di dalam ekonomi visual kerana salah satu tugas mereka adalah mencari, menyusun dan mengedarkan konten yang responsif yang dapat meningkatkan engagement, memperluaskan jangkauan jenama. Untuk menghasilkan konten dan desain visual yang baik mestilah menggunakan teknik 5C iaitu creativity, coherence, connection, contextual dan conversion mampu mempengaruhi tindakan audiens.
Selain itu Pengurus Media Sosial haruslah mempunyai strategi penggunaan komunikasi visual yang optima di dalam ekonomi visual. Antara strateginya adalah :
  • Menggunakannya pada setiap fasa funnel pemasaran.
  • Melebarkan penjenamaan kepada komuniti.
  • Mengoptimakan konten visual untuk SEO dan meningkatkan visibiliti enjin carian.
  • Repurpose dan Recreate konten yang mempunyai keterlibatan dan conversion yang tinggi.
  • Mengukur, menganalisis serta menambahbaikan prestsi konten visual dari masa ke semasa.
Ekonomi visual adalah sebahagian dari komunikasi visual manakala Pengurus Media Sosial merupakan key player yang penting kepada kedua - dua entiti ini. Pengurus Media Sosial perlu sentiasa menerokai dan menimba ilmu komunikasi visual terbaharu seperti aplikasi Canva yang sentiasa menampilkan fungsi - fungsi terkini termasuk fungsi Artificial Intelligence ( A.I.)
0 Comments



Leave a Reply.

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    June 2025
    April 2025
    March 2025
    May 2024
    June 2023
    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Pengasas

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Sulaiman Osman, bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman sebagai tenaga pengajar Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat dari 2017 sehingga sekarang. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, CUEPACS dan Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Zakat Melaka, UTM Space,Pemasaran Kreatif anjuran MARA dan Persijilan Profesional UTM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.