Kepintaran Buatan (AI) kini menjadi teras kemajuan teknologi global, dan NewBe.AI telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan program AI Achievers 360. Program pembelajaran ini dirangka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah berumur antara 10 hingga 20 tahun. Dengan peluang untuk belajar dari pensyarah dan penyelidik universiti terkemuka, program ini bertujuan melahirkan generasi muda yang mahir dalam AI. Apa yang menjadikan AI Achievers 360 unik adalah pendekatannya yang fleksibel dan mampu milik. Dengan yuran sebanyak RM80 sebulan, pelajar mendapat akses kepada 3 kelas sebulan, setiap satu berdurasi 1.5 jam. Malah, pelajar boleh menyesuaikan jadual mereka, memulakan dan menghentikan pembelajaran mengikut keperluan. Selain itu, program ini mengaplikasikan kaedah belajar berasaskan projek dengan sistem tali pinggang yang progresif - bermula dari tahap kuning (yellow belt) untuk pemula sehingga tahap hitam (black belt) untuk pakar. Pelajar juga akan menerima: - Akses selama 12 bulan kepada platform pembelajaran NewBe.AI. - Bimbingan percuma daripada pensyarah universiti. - Peluang menyertai Pertandingan kuiz AI kebangsaan. - Sijil kerjasama daripada universiti tempatan seperti UTM, UiTM, dan UTAR, yang meningkatkan kredibiliti dan pengiktirafan pembelajaran pelajar. Program ini telah menunjukkan kejayaan yang terbukti, kerana ia dilaksanakan di sekolah antarabangsa tempatan dan luar negara. Untuk memastikan program ini mudah diakses, kelas percubaan percuma ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Melayu, dan Cina.
0 Comments
Leave a Reply. |
canva pro
|