Pengurus Media Sosial adalah individu atau tim yang bertanggungjawab terhadap platform media sosial sesebuah organisasi atau syarikat. Antara tugasan utama adalah penyediaan konten yang responsif, peka kepada engagement pelanggan, menyusun kempen yang strategik dan memberi panduan serta nasihat dari masa ke semasa mengenai reputasi online presense di platform berkenaan. TUGAS & TANGGUNGJAWAB – PENGURUS MEDIA SOSIAL (PMS) 1. Membuat posting di media sosial. (termasuk memilih text content, image dan video yang bersesuaian) 2. Melakukan pengumuman, pemberitahuan, notis, acara dan lain-lain. 3. Membuat iklan organik dan berbayar (Facebook ads). 4. Menyediakan laporan (Insights). 5. Menyalurkan aduan, pertanyaan dan pesanan kepada bahagian tertentu. 6. Menjalankan tugasan membuat liputan acara dan majlis di dalam atau di luar organisasi. 7. Mengadakan perjumpaan dengan pelanggan untuk membuat testimoni, penghargaan, promosi dan sebagainya. Nota: Senarai tugas adalah berbeza mengikut majikan dan keperluan perniagaan masing-masing.
2 Comments
Leave a Reply. |
canva pro
|