Pengurus Media Sosial
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page
  • Home
  • Kursus Pengurus Media Sosial 2025
  • Buku Pengurus Media Sosial
  • Digital Marketing Operation SKM
  • Ai dan Pengurus Media Sosial
  • Masterclass in Social Media Manager
  • Kursus Canva Grafik dan Komunikasi Visual
  • Hubungi
  • Mengenai Kami
  • New Page

aI  dan  Pengurus Media Sosial.

Panduan AI untuk Pengurus Media Sosial yang merangkumi strategi pemasaran digital, teknik engagement, tips untuk mencipta kandungan menarik, dan cara mengoptimumkan kempen media sosial

pengurusan media sosial

25/10/2021

1 Comment

 

Apakah itu Pengurusan Media Sosial

Pengurusan Media Sosial
​Pengurusan media sosial dari sudut perniagaan adalah proses menganalisis audiens media sosial dan membina strategi yang bersesuian, membuat dan menyebarkan kandungan, memantau engagement, membina hubungan B2B dan B2C serta mengukur prestasi media sosial.
Secara asasnya pengurusan media sosial ini lebih tertumpu dan berkait rapat kepada merancang, menyusun dan memantau penggunaan media sosial itu sendiri dengan betul untuk individu, kumpulan, organisasi ataupun syarikat. Elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan media sosial ini termasuklah profile yang menguruskan media sosial berkenaan dari segi etika dan objektifnya, personaliti platform media sosial itu sendiri dan audiens yang melakukan engagement melalui platform berkenaan. Berbeza dengan pemasaran media sosial yang terasnya lebih kepada proses bisnes memberitahu orang ramai mengenai sesuatu produk atau servis ang ditawrkan oleh syarikat denganmenggunakan platform media sosial yang bersesuaian.
Platform media sosial yang dimaksudkan adalah seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Podcast, Blog dan yang seumpamanya. Kesemua platform ini asasnya adalah konten yang mempunyai nilai dan manfaat kepada perniagaan dan pelanggan.
Mengetahui profile dan algorithm media sosial adalah sangat penting kerana setiap media sosial mempunyai personaliti yang berbeza contohnya Facebook sesuai untuk menulis artikel pendek yang boleh disertai dengan gambar atau video. Manakala untuk penampilan gambar media sosial yang paling popular ialah Instagram sementara untuk video platform media sosial yang popular adalah Youtube.
Blog pula adalah di antara media sosial terawal dan paling berpengaruh di dalam pemasaran konten di mana media sosial ini membolehkan kita menulis artikel yang panjang, disertai dengan gambar dan video bukan itu sahaja malah pelbagai fungsi seperti langganan newsletter, iklan Google dan sebagainya.
Di dalam pengurusan media sosial ini, Pengurus Media Sosial adalah individu yang bertanggungjawab melaksanakan dua aspek penting iaitu pengurusan media sosial dan pemasaran media sosial. Mereka juga perlu penyediakan konten yang bernilai dan menarik  kepada sasaran audiens dan membuatkan mereka bertindak dan seterusnya menjadi pelanggan.
Alat kerja di dalam pengurusan media sosial adalah seperti Content Management Software (CMS) untuk pengurusan blog, Pengurusan Account Media Sosial ( Social Media Management Software) untuk proses hantaran ke platform media sosial, Aplikasi Grafik bagi pembinaan konten, Google Analytics bagi tujuan analisi gelagat audiens  dan Email Marketing Tools bagi komunikasi dengan pelanggan melalui email adalah sangat penting bagi memudahkan urusan membuat pemantauan, pengurusan dan analisa  media sosial.
Kursus yang sesuai dihadiri oleh individu untuk mendalami mengenai pengurusan media sosial adalah seperti kursus Pengurus Media Sosial dan pengurusan media sosial di mana mereka akan didedahkan secara asas mengenai pengurusan dan pemasaran media sosial.
1 Comment
T4M Spring Valley link
1/8/2025 04:49:31 am

I find the breakdown of social media management and its elements to be very informative.

Reply



Leave a Reply.

    canva pro
    ​free 30 days

    Picture

    Archives

    June 2025
    April 2025
    March 2025
    May 2024
    June 2023
    September 2022
    October 2021
    August 2020
    December 2019

    Pengasas

    Founder Portal Pengurus Media Sosial
    Sulaiman Osman, bekas Pemberita In-house salah sebuah syarikat GLC dan berpengalaman sebagai tenaga pengajar Pengurus Media Sosial kepada beberapa syarikat dari 2017 sehingga sekarang. Merupakan speaker utama Kursus Pengurus Media Sosial anjuran DBP, CUEPACS dan Canva Visual Komunikasi untuk Karangkraf, Zakat Melaka, UTM Space,Pemasaran Kreatif anjuran MARA dan Persijilan Profesional UTM
Powered by Create your own unique website with customizable templates.